<<<....SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SMK SERI RASAU DUNGUN.... >>>

Sejarah

SEJARAH SEKOLAH
SMK SERI RASAU. 23300 KETENGAH JAYA

SMK Seri Rasau atau nama asalnya SMK Rasau Kerteh B1 ditubuhkan pada 1 Disember1995. Sekolah ini dibuka bagi menampung keperluan pendidikan menengah penduduk Felda Kerteh 2 dan 3 yang sebelum ini belajar di SMK Ketengah Jaya. Sekolah ini terletak dalam mukim Paka yang merangkumi kawasan sekolah seluas 10876 hektar dan dikellingi oleh penempatan peneroka felda dan lading kelapa sawit.

Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai 581 orang pelalar dan 28 orang guru dan dua blok bangunan utama sahaja. Sejak itu, jumlah pelajar dan prasarana sekolah semakin bertambah dari setahun ke setahun. Walau bagaimanapun, sejak tahun-tahun belakangan ini , jumlah pelajarnya semakin menurun. Pada tahun 2011, SMK Seri Rasau mempunyai 387 orang pelayar dengan 36 orang guru serta 8 orang kakitangan sokongan. Prasarana juga bertambah dengan 5 blok bangunan termasuklah bangunan makmal komputer dan bengkel MPV.

Sejak dibuka pada tahun 1995, pentadbiran sekolah ini telah diterajui oleh lima orang pengetua. Pihak sekolah juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa dalam melaksanakan visi dan misinya. Pengerusi PIBG sekarang ialah En. Abdullah bin Ali. Beliau merupakan seorang JKKK Felda Kerteh 3. Demi memastikan hala tuju pendidikan sentiasa mantap, sekolah ini berpandukan kepada moto"Berilmu dan Beramal" yang tercatat pada lencana sekolah. Hal ini selaras dengan visi dan misi sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri

Walaupun dari segi prestasi akademik pelajarnya agak sederhana, namun pernah mempamerkan rekod cemerlang apabila Nor Azura binti Ab Salim mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2006 dan Wan Hanieza binti Wan Mohd Hanapi juga mendapat 8A dalam peperiksaan PMR tahun 2009. Sekolah ini tidak ketinggalan dalam pencapaian kokurikulum. SMK Seri Rasau merupakan johan pertandingan bola tampar peringkat daerah sejak tahun 2004. Pada tahun 2008, tiga orang pelajar SMK Sen Rasau telah dipilih mewakili negeri Pelalar-pelajar tersebut ialah Nor Rosmaini bt Sulaiman, Siti Nor Aida binti Harun dan Noor Ain binti Ruhani.

Selaras dengan perkembangan semasa, sekolah ini telah diiktirafkan daripada gred B kepada gred A pada bulan Mei 2002. Di samping itu, sesi pembelajaran satu sesi telah dimulakan pada 4 Ogos 2002. Kemudian sejarah terus tercipta apabila nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau (SERASA) mula digunakan secara rasminya pada 1 Jun 2002 hasil idea mantan pengetua En.Sulong bin Taib.


No comments:

Post a Comment